Thursday, February 4, 2010

Lonely....alone at home

Feeling down and lonely today. Yesterday and today, I started to clear things that have been piling up in the room downstairs. Bills to be settled, letters to be sorted out and filed accordingly. Can you believe that I have not been doing all these since a year ago. I opened letters, read them, pay bills and chuck everything into this very big box. Suddenly I realised the box is already full. So....today is sorting out day.



Anis went out with her friends, Aqilah busy preparing her presentation, Ira is in Johor, Nadhilah is at school...so I am all alone. Okay....here I go.....this letter for this file, this document in that file........Ya Allah, guess what I found...a stack of hospital bills, doctor's report, Hafiz's birth and death certificates.



SubhanAllah, without realising, menitis-nitis air mata. Terkenang arwah again...and again...and again. I miss you Hafiz, I love you so much and will always love you, selagi di izinkan Allah. Mama sentiasa berdoa agar kita semua akan di kumpulkan di Jannah Allah. Amin. Amin.

Damailah dua-dua anak lelaki mama di syurga yang kekal abadi.

Monday, January 18, 2010

Setahun Berlalu - 4 Safar 1431H/31 Januari 2010

Asalamualaikum. Setahun telah berlalu sejak pemergian anakanda Hafizuddin. Pulang menemui Allah swt, dijemput ketika berusia 6 tahun, 6 bulan dan 7 hari. Selama itu jugalah sebagai ibu, aku telah diberi kesempatan untuk melahir, menyusu, menjaga, membelai dan mendidik anak anugerah Allah swt. Alhamdulilah, ku panjatkan syukur ke hadratMu Illahi, di beri kekuatan menghadapi ujian Yang Esa. Kedua-dua anak lelaki ku dijemput ketika mereka masih kecil, bersih dan tiada dosa. Mohamed di jemput tanpa dapat ku dengar tangisannya pada tahun 1988, dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt, Hafizuddin di hadiahkan 14 tahun kemudian, untuk dipinjamkan selama usianya. Syukur, Alhamdulilah. Kini tinggal 4 orang Ayesha yang perlu ku didik agar tetap di jalan Mu, wajib ku jadikan anak-anak solehah, kerana mereka hak Mu, yang perlu di pulangkan bila tiba masanya. Bantulah aku Ya Robb, tolonglah aku Ya Rahman, ampuni dosa-dosa ku Ya Rahim. Kumpulkan kami di Jannah Mu. Amin.

Yang baru akan jadi lama, yang elok akan jadi buruk, yang hidup pasti mati. Itulah perjanjiannya, tidak sesaat lewat dan tidak pula sesaat awal. Dalam kegembiraan mendengar kata Doktor yang Hafizuddin sudah sihat dan boleh keluar dari hospital, jantungnya berhenti pada waktu dan ketika yang telah ditulis di Luh Mahfuz. Saat yang hanya Allah swt yang tahu, ketika yang hanya Allah swt yang tetapkan, detik yang hanya Allah swt yang tentukan.

Begitulah kita, miskin nya ilmu kita, kecil nya dunia kita, singkat nya pemikiran kita. Kita hanya manusia yang kurang segala-galanya. Segala apa yang kita ada, segala apa yang kita miliki, adalah milikNya. Segala apa yang telah berlaku, akan berlaku, hanya akan terjadi dengan izinNya. Tiada daya dan upaya tanpa keizinan dariNya. Kematian itu pasti.

Inilah pusara anakanda Hafizuddin. Pada zahirnya hanyalah tanah yang ditanam rumput dan pokok di atas nya, dua batu nesan di kiri dan kanan, batu-batu sungai sekelilingnya. Bila hujan lebat maka berlopak lah ia, bila panas kering pula rumput-rumputnya. Setahun telah berlalu, hujan dan panas silih berganti. Awalnya tanah yang masih merah, di tanamkan sepohon keladi. Sehari, seminggu, sebulan, dan sekarang setahun, kami sekeluarga menjaga pusara arwah, kami ganti pohon keladi dengan pohon melor dan pohon kemboja. Sejuk mata memandang, tenteram hati yang merenung, menitis air mata yang merindui. Mungkinkah ia taman-taman di Syurga?

Subhanallah, Itulah janji Yang Maha Memiliki, kesudahan yang bahagia, kenikmatan yang hakiki, keharuman yang abadi, Jannah milikNya untuk insan yang terpilih. Biar mereka miskin di dunia, biar mereka cacat di dunia, biar mereka kaya di dunia, biar mereka menderita di dunia, biar mereka mengemis di dunia, biar mereka segala-galanya di dunia yang sementara. Tetapi kalau utuh imannya, kalau sempurna solatnya, kalau terbayar segala zakatnya, kalau ikhlas puasanya, kalau mambrur haji dan umrahnya, kalau elok pekertinya, baik tingkah lakunya, ramai sahabat-sahabatnya....insya Allah, Jannah lah kesudahannya.

Setahun berlalu, masih ku rindui, masih ku ingati..Anakanda Hafizuddin sentiasa dalam ingatan. Masih terngiang-ngiang di telinga ku, "I love you mama...infinity", "Mama yang terhebat", "Mama best"dan macam-macam lagi yang keluar dari mulut Hafiz. Maklumlah, Hafiz tengah banyak bercakap dan banyak bertanya. Asyik nak bercerita macam-macam dengan mama.

Beberapa ketika sebelum Hafiz menghembuskan nafasnya yang terakhir..dia asyik berkata, "Ma, Hafiz nak naik, Ma". Tiga kali dia sebut, dan setiap kali saya akan meninggikan kepalanya di atas bantal. Entah kenapa Allah tutup akal dan hati saya untuk tidak dapat memahami apa yang tersirat. Walhal dalam pengajian di masjid sudah di pelajari hal2 kematian.

"Ma, jangan berhenti popok Hafiz, Ma"...itulah pintanya. Memang sejak kebelakangan ini dia kerap bermanja dan hendak selalu di tepuk, lebih-lebih lagi bila hendak tidur. Semasa di ICU, tangan ini langsung tak boleh berhenti menepuk, bila terhenti sekejap..."Ma..popoklah Ma".

Dalam asyik tangan ini menepuk dan membelai rambutnya....."Ma, I love you Ma", dan terus terhenti degupan jantungnya. Aku menjerit memanggil nurse...tolong..tolong ..kenapa dengan anak saya...panggil doktor, cepat......Doktor menasihatiku untuk biarkan sahaja Hafiz pergi, mereka boleh cuba tebuk sana, tebuk sini, tetapi jantungnya tidak akan dapat bertahan lama lagi. Cukuplah dua pembedahan yang telah dilaluinya.


Dengan ikhlas dan redha pada ketentuan Illahi, ku pulangkan Mohamed Hafizuddin kepada Al-Khaliq, Dzat Yang Maha Pencipta. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Berbahagialah anak ku di Jannah Allah. Mama berdoa agar kita dipertemukan akhirnya. Amin. Amin.

Friday, October 9, 2009

I LOVE YOU.


Ingin berkongsi artikel yang baru di baca dalam Majalah Solusi Isu 12. Penulis yang memang saya minati, bercerita tentang bercinta.........(saya kongsikan sebahagian kecil di sini)

Jika menyayangi seseorang, nyatakan....Dari Anas r.a. bahawasanya ada seorang sahabat duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudia ada seseorang yang melintasi (kawasan itu). Berkata sahabat yang sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, saya mencintai orang itu". Maka Rasulullah bertanya kepadanya: "Apakah kamu sudah memberitahunya?". Ia menjawab: "Belum." Rasulullah bersabda, maksudnya: "Beritahulah kepadanya."

Dia pergi menemui sahabatnya itu dan berkata: "Sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah." Sahabatnya itu membalas: "Semoga kamu juga dicintai oleh Allah yang menjadikan kamu mencintaiku kerana-Nya. (Riwayat Abu Daud dengan isnad sahih)

Memang benar sekali, jangan kita simpan dan pendam apa yang dirasai. Takut2 tak berkesempatan pula. Inilah apa yang saya rasakan setelah ketiadaan Hafiz. Although kalimah "I love you Hafiz" di ucapkan hampir setiap malam sebelum tidur dan setiap kali menghantar dia ke sekolah, I still felt it is not enough to tell him that I love him so much. There are so many things that I want to share with him, stories I want to read to him, places I want to visit with him, games I want to play with him....

.......bersolat bersama, pergi ke masjid bersama, mengaji Al-Quran bersama, berpuasa dan berbuka bersama.....Ya Allah, tak puas rasanya . Walaupun pada hakikatnya kita semua tahu dan faham bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja. Yang pasti kita akan kembali kepada-Nya, Yang Maha Agung.

Atas kefahaman inilah saya mampu tersenyum dan bersyukur kehadrat Illahi, Hafizuddin di jemput ketika usia mudanya, ketika tiada dosa.....kerana janji Allah, Jannahlah tempat istirehatnya.

Pada teman2 yang menghadapi musibah yang sama, bersabarlah dengan ujian Allah. Saya panjatkan doa agar Allah memberi kekuatan kepada kalian semua agar dapat menghadapi kehilangan orang yang tersayang. Hilang di dunia.......untuk bertemu semula di Jannah Allah, Insya Allah.

Bagi kita yang masih di beri nikmat hidup oleh Allah, katakan lah kepada anak2, ibu-bapa, suami, isteri, saudara mara, sahabat handai dan teman seperjuangan...kami sayang dan cintakan kalian kerana Allah swt. Bukan hanya dengan kata-kata tapi juga dengan perbuatan dan tindak-tanduk kita, tidak menguris hati mereka. Semuga Allah akan mencintai kita di dunia dan paling penting di akhirat kelak. Amin. Amin.

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan Tanpa Hafizuddin

Hari ini 18 Ramadhan, cepatnya masa berlalu. Belum puas beribadat dan mengabdi diri di bulan yang mulia...syawal pula semakin hampir. Ku pohon restuMu Ya Rob, ku berharap padaMu Ya Rahman...panjangkan usia ku agar dapat bertemu RamadahanMu di tahun hadapan.

Ramadhan tahun ini benar2 menguji kekuatan diri ku. Setiap kali ke musolah untuk menunaikan solat sunat terawih, pasti hati tersentuh. Teringat pada mu sayang. Masih terasa gengaman tangan Hafiz ketika kita berjalan ke musolah. Keriangan Hafiz bersama-sama Kakak Qila, Kak Ira, Kak Anis, Kakak Nadilah, Bibik dan Baba melihat ramainya umat Muhammad s.a.w memenuhi musolah untuk solat. Mama ingat lagi bagaimana Hafiz akan tercari-cari Mama di saf perempuan setelah selesai solat 8 rakaat. Jika sebelum itu Hafiz bersama Baba di depan, sekarang Hafiz bersama Mama pula di belakang. Sambil menunggu selesai solat, Hafiz dan kakak Nadilah seronok melipat dan mengemas sejadah di saf perempuan. Kadang-kadang mata Mama tercari-cari wajah Hafiz......rindu betul Mama pada Hafiz.


Yang sangat tidak dapat Mama lupakan ialah ketika Hafiz ikut Mama dan Baba solat subuh pada Ramadhan yang lalu. Setelah selesai solat dan ketika kuliah subuh, Mama lihat Hafiz leka mengutip manik2 yang Hafiz jumpa diatas carpet dan meletaknya di dalam kopiah Hafiz. Bila ditanya oleh kawan2 Mama, Hafiz kata nak bagi kat nenek, sebab nenek suka jahit manik.

Mama ingat bagaimana Hafiz tak suka ditinggal seorang di dalam bilik ketika bersahur. Hafiz pun nak bangun juga tapi bukan untuk makan, hanya sekadar nak duduk di riba Mama dan memeluk erat Mama, sambung tidur dalam pelukan Mama. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Mama ketika itu. Bahagia...tenang dan puas kerana dapat kenikmatan membelai anak yang sangat manja.

Now, all those are only memories that Mama will never ever forget, InsyaAllah. My love for you will never fade and you will awlays be my angel. I am not sure how to go thru Syawal without Hafiz. Going thru my daily chores is already a difficult task...


Ya Allah, ku pohon pertolonganMu, ku harap keredhaanMu. Teguhkan iman ku, tetapkan aku di jalan lurus Mu, titipkan keihklasan dalam hatiku. Kau Yang Maha Mengetahui, Kau Yang Maha Memahami. Kumpulkan kami bersama-sama di JannahMu, Ya Robb. Amin. Muga Hafiz berbahagia di sana.

Saturday, July 25, 2009

PENANG TRIP - May 2008

Penang....here we come....

During my many trips promoting transfer factor, I managed to take my children including Arwah Hafiz to Penang. We drove from Shah Alam in the morning of 27 May and straightAdd Image to Taman Brown (my aunt's house). As usual, the children including bibik, slept most of the time only waking up for a break at the many R & R along the way. Hafiz was very happy and excited because I promised him a trip to the beach.

We plan to stay at Mak Onem's house, but on our first night in Penang, there was a power failure. Thinking it will only be a short while, we went to Starbucks to kill time, but after a while, we packed our things, and head for the nearest hotel. It was fun, taking the children to the hotel, half sleep and half awake.

Mak Onem took us around the island....we went to the beach, to the shopping mall, enjoying Penang food. Hafiz really enjoyed his stay in Penang, and always reminding me to take him there again....

Sharing some beautiful moments.....Penang May 27, 2008.....

Hafiz..before we start our journey....all set

Bibik dah tidur....what is Hafiz thinking....

Hafiz resting, waiting for mama to check in......

Half asleep, half awake....

Window shopping....ice cream time.....

His dreams come true....spending time on the beach

Enjoying snack....

I love you sayang.....

Beautiful beach of Penang.......

Thank you Mak Onem and family (Uncle Omar, Jasmine, Layla and Junior) for making our trip memorable and fulfilling Hafiz's wish to spend time on the beach.

Sunday, July 19, 2009

Keluhan Hati.......

Maha Suci Allah swt. Dengan izinMu, ingin ku kongsi resah di hati ini. Ampunkan dosa ku. Bukan niat untuk mengadu, jauh sekali menyalahkan dugaan dari Mu. Aku redha Ya Allah, aku terima Ya Rahman, Ya Rahim.

Aku insan biasa, punya hati dan perasaan. Wanita yang halus emosinya, lembut naluri hatinya...tapi kuat semangatnya. Sedih kehilangan Hafizuddin sudah ku gagahi, tapi perasaan sayang dan rindu tak mungkin akan hilang. Demi Qila, Ira, Anis dan Nadilah, ku lawan kerinduan di jiwa, ku senyum dan tertawa bersama, ku nyanyikan lagu kegirangan bersama, ku layani perasaan anak2 yang ku sayangi.....ku hiburkan suami dan keluarga.

Kekadang...hati terguris dek kegagalan emosi, mata berkaca dek kepenatan jiwa, tangan dan kaki terluka dek kegairahan dunia. Siapa yang tahu? Siapa yang rasa....Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Berdosa ke aku Ya Allah? Ampunkan dosa-dosa ku. Terimalah amal ibadat ku, terimalah taubat ku. Tetapkan aku di jalan mu Ya Allah, jalan yang lurus, jalan yang Kau redhai. Bangkitkan kami sekeluarga dibelakang Rasullulah s.a.w, di dalam saf Baginda. Amin.

Aku cuma ingin di fahami, ingin disayangi, ingin dikenali oleh Mu, Ya Robbana. Keluhan dan kesah di jiwa, biarkan ia mati di hati....hilangkan ketidakpuasan hati, jauhkan dari perasaan benci, titipkan kasih sayang dalam semua ahli keluarga besar ku.

SubhanaAllah, Maha Suci Allah....

Thursday, July 16, 2009

Last Outing with Hafiz and Family


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasullulah s.a.w. Asalamualaikum and salam sejahtera.

Hafiz started showing some indications that he is not strong enough by Ramadhan last year. I could see some changes in him. He is not so active and most of the time he complains that he is tired and his heart is beating fast. I knew that he is not well and we have already started making plans to discuss the possibility of the third operation with his doctor. A new medication is given to slower his heart beat and we continue with the transfer factor to enhance his immune system.

I tried to fulfill all his wishes and one of those was a trip to Petrosains...he wanted to see the Dinasour, one of his favorite animal. It turns out to be our last outing with him. It was last December before school reopens. I am sharing some of the wonderful photos of him.

Mama and Hafiz trying the shadow effect...

Hafiz learning something...not sure what...

Bibik....with Hafiz

Trying the magnifying glass...


A happy and satisfied child.....


Peace....and goodbye.....forever.....

We all love you and will always remember you as the joyful...cheeky baby...
WE MISS YOU ....