Yang baru akan jadi lama, yang elok akan jadi buruk, yang hidup pasti mati. Itulah perjanjiannya, tidak sesaat lewat dan tidak pula sesaat awal. Dalam kegembiraan mendengar kata Doktor yang Hafizuddin sudah sihat dan boleh keluar dari hospital, jantungnya berhenti pada waktu dan ketika yang telah ditulis di Luh Mahfuz. Saat yang hanya Allah swt yang tahu, ketika yang hanya Allah swt yang tetapkan, detik yang hanya Allah swt yang tentukan.
Begitulah kita, miskin nya ilmu kita, kecil nya dunia kita, singkat nya pemikiran kita. Kita hanya manusia yang kurang segala-galanya. Segala apa yang kita ada, segala apa yang kita miliki, adalah milikNya. Segala apa yang telah berlaku, akan berlaku, hanya akan terjadi dengan izinNya. Tiada daya dan upaya tanpa keizinan dariNya. Kematian itu pasti.
Inilah pusara anakanda Hafizuddin. Pada zahirnya hanyalah tanah yang ditanam rumput dan pokok di atas nya, dua batu nesan di kiri dan kanan, batu-batu sungai sekelilingnya. Bila hujan lebat maka berlopak lah ia, bila panas kering pula rumput-rumputnya. Setahun telah berlalu, hujan dan panas silih berganti. Awalnya tanah yang masih merah, di tanamkan sepohon keladi. Sehari, seminggu, sebulan, dan sekarang setahun, kami sekeluarga menjaga pusara arwah, kami ganti pohon keladi dengan pohon melor dan pohon kemboja. Sejuk mata memandang, tenteram hati yang merenung, menitis air mata yang merindui. Mungkinkah ia taman-taman di Syurga?
Subhanallah, Itulah janji Yang Maha Memiliki, kesudahan yang bahagia, kenikmatan yang hakiki, keharuman yang abadi, Jannah milikNya untuk insan yang terpilih. Biar mereka miskin di dunia, biar mereka cacat di dunia, biar mereka kaya di dunia, biar mereka menderita di dunia, biar mereka mengemis di dunia, biar mereka segala-galanya di dunia yang sementara. Tetapi kalau utuh imannya, kalau sempurna solatnya, kalau terbayar segala zakatnya, kalau ikhlas puasanya, kalau mambrur haji dan umrahnya, kalau elok pekertinya, baik tingkah lakunya, ramai sahabat-sahabatnya....insya Allah, Jannah lah kesudahannya.
Setahun berlalu, masih ku rindui, masih ku ingati..Anakanda Hafizuddin sentiasa dalam ingatan. Masih terngiang-ngiang di telinga ku, "I love you mama...infinity", "Mama yang terhebat", "Mama best"dan macam-macam lagi yang keluar dari mulut Hafiz. Maklumlah, Hafiz tengah banyak bercakap dan banyak bertanya. Asyik nak bercerita macam-macam dengan mama.
Beberapa ketika sebelum Hafiz menghembuskan nafasnya yang terakhir..dia asyik berkata, "Ma, Hafiz nak naik, Ma". Tiga kali dia sebut, dan setiap kali saya akan meninggikan kepalanya di atas bantal. Entah kenapa Allah tutup akal dan hati saya untuk tidak dapat memahami apa yang tersirat. Walhal dalam pengajian di masjid sudah di pelajari hal2 kematian.
"Ma, jangan berhenti popok Hafiz, Ma"...itulah pintanya. Memang sejak kebelakangan ini dia kerap bermanja dan hendak selalu di tepuk, lebih-lebih lagi bila hendak tidur. Semasa di ICU, tangan ini langsung tak boleh berhenti menepuk, bila terhenti sekejap..."Ma..popoklah Ma".
Dalam asyik tangan ini menepuk dan membelai rambutnya....."Ma, I love you Ma", dan terus terhenti degupan jantungnya. Aku menjerit memanggil nurse...tolong..tolong ..kenapa dengan anak saya...panggil doktor, cepat......Doktor menasihatiku untuk biarkan sahaja Hafiz pergi, mereka boleh cuba tebuk sana, tebuk sini, tetapi jantungnya tidak akan dapat bertahan lama lagi. Cukuplah dua pembedahan yang telah dilaluinya.
Dalam asyik tangan ini menepuk dan membelai rambutnya....."Ma, I love you Ma", dan terus terhenti degupan jantungnya. Aku menjerit memanggil nurse...tolong..tolong ..kenapa dengan anak saya...panggil doktor, cepat......Doktor menasihatiku untuk biarkan sahaja Hafiz pergi, mereka boleh cuba tebuk sana, tebuk sini, tetapi jantungnya tidak akan dapat bertahan lama lagi. Cukuplah dua pembedahan yang telah dilaluinya.
Dengan ikhlas dan redha pada ketentuan Illahi, ku pulangkan Mohamed Hafizuddin kepada Al-Khaliq, Dzat Yang Maha Pencipta. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Berbahagialah anak ku di Jannah Allah. Mama berdoa agar kita dipertemukan akhirnya. Amin. Amin.
7 comments:
Salam takziah KakDee pada ibu yang melahirkan anakanda Hafizuddin .....
Ya Allah..betapa hanya Dia yang tahu perasaan dan naluri seorang ibu... menitis airmata membaca setiap baris yang ditulis... tersentuh hatiku mensyukuri nikmat diberikan Allah anak yg masih mampu kupeluk dan kumanja... harap akak terus diberi kekuatan menghadapi hari2 sebelum dipertemukan semula di syurga... aminnn
Ya Allah....betapa tabahnya hati seorang ibu yg bernama Nor Azlin....Airmata kak ani tak henti2berderai membaca bait2 luahan perasaan hatimu......Semoga Olin akan mendapat segala ketabahan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan hari2 seterusnya...Anakanda Hafizudin dan Muhammad menantimu di syurga.... Amin!
saya mungkin tak kenal aunty. tapi blog nie buat saya betul2 berdiri di bumi yg nyata, bertapa jahilnya saya tentang ilmu agama. baru saya sedar bertapa dalamnya kasih ibu, thanks aunty, rasa ingin balik rumah n peluk ibu saya erat2 ..
semoga diberikan kekuatan dan kedamaian dlm mharungi semua ini... yg pasti hafizuddin menanti mama & papanya di pintu syurga.... tgn kecil itu akan memimpin tgn mama & papanya sekali lagi... di saat itu akan terlerailah kerinduan akak pd arwah...
semoga diberikan kekuatan dan kedamaian dlm mharungi semua ini... yg pasti hafizuddin menanti mama & papanya di pintu syurga.... tgn kecil itu akan memimpin tgn mama & papanya sekali lagi... di saat itu akan terlerailah kerinduan akak pd arwah...
Post a Comment