Friday, October 9, 2009
I LOVE YOU.
Ingin berkongsi artikel yang baru di baca dalam Majalah Solusi Isu 12. Penulis yang memang saya minati, bercerita tentang bercinta.........(saya kongsikan sebahagian kecil di sini)
Jika menyayangi seseorang, nyatakan....Dari Anas r.a. bahawasanya ada seorang sahabat duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudia ada seseorang yang melintasi (kawasan itu). Berkata sahabat yang sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, saya mencintai orang itu". Maka Rasulullah bertanya kepadanya: "Apakah kamu sudah memberitahunya?". Ia menjawab: "Belum." Rasulullah bersabda, maksudnya: "Beritahulah kepadanya."
Dia pergi menemui sahabatnya itu dan berkata: "Sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah." Sahabatnya itu membalas: "Semoga kamu juga dicintai oleh Allah yang menjadikan kamu mencintaiku kerana-Nya. (Riwayat Abu Daud dengan isnad sahih)
Memang benar sekali, jangan kita simpan dan pendam apa yang dirasai. Takut2 tak berkesempatan pula. Inilah apa yang saya rasakan setelah ketiadaan Hafiz. Although kalimah "I love you Hafiz" di ucapkan hampir setiap malam sebelum tidur dan setiap kali menghantar dia ke sekolah, I still felt it is not enough to tell him that I love him so much. There are so many things that I want to share with him, stories I want to read to him, places I want to visit with him, games I want to play with him....
.......bersolat bersama, pergi ke masjid bersama, mengaji Al-Quran bersama, berpuasa dan berbuka bersama.....Ya Allah, tak puas rasanya . Walaupun pada hakikatnya kita semua tahu dan faham bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja. Yang pasti kita akan kembali kepada-Nya, Yang Maha Agung.
Atas kefahaman inilah saya mampu tersenyum dan bersyukur kehadrat Illahi, Hafizuddin di jemput ketika usia mudanya, ketika tiada dosa.....kerana janji Allah, Jannahlah tempat istirehatnya.
Pada teman2 yang menghadapi musibah yang sama, bersabarlah dengan ujian Allah. Saya panjatkan doa agar Allah memberi kekuatan kepada kalian semua agar dapat menghadapi kehilangan orang yang tersayang. Hilang di dunia.......untuk bertemu semula di Jannah Allah, Insya Allah.
Bagi kita yang masih di beri nikmat hidup oleh Allah, katakan lah kepada anak2, ibu-bapa, suami, isteri, saudara mara, sahabat handai dan teman seperjuangan...kami sayang dan cintakan kalian kerana Allah swt. Bukan hanya dengan kata-kata tapi juga dengan perbuatan dan tindak-tanduk kita, tidak menguris hati mereka. Semuga Allah akan mencintai kita di dunia dan paling penting di akhirat kelak. Amin. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
nice entry mak ngah..
di kesempatan ni nk ucap sumthng yg tak pnh terucap..
i love u mak ngah =)
I love you Ibu, no words can describe how much I love you.
Alin, sesungguhnya Alin seorang yang insan yang istimewa. Semuga Allah merahmati semua yang Alin sayangi. I'm blessed to have you in my life.
To Nurul - Makngah love you and will always pray for your success di dunia dan akhirat. Buat anakanda Syahira - Ibu sayang Ira dan meredhai jihad Ira menimba ilmu di sana. To Moknem - Thank you for being there for me thru thick and thin. I care for you and love you all, kerena Allah swt.
i love u...
Post a Comment