Hari ini 18 Ramadhan, cepatnya masa berlalu. Belum puas beribadat dan mengabdi diri di bulan yang mulia...syawal pula semakin hampir. Ku pohon restuMu Ya Rob, ku berharap padaMu Ya Rahman...panjangkan usia ku agar dapat bertemu RamadahanMu di tahun hadapan.
Ramadhan tahun ini benar2 menguji kekuatan diri ku. Setiap kali ke musolah untuk menunaikan solat sunat terawih, pasti hati tersentuh. Teringat pada mu sayang. Masih terasa gengaman tangan Hafiz ketika kita berjalan ke musolah. Keriangan Hafiz bersama-sama Kakak Qila, Kak Ira, Kak Anis, Kakak Nadilah, Bibik dan Baba melihat ramainya umat Muhammad s.a.w memenuhi musolah untuk solat. Mama ingat lagi bagaimana Hafiz akan tercari-cari Mama di saf perempuan setelah selesai solat 8 rakaat. Jika sebelum itu Hafiz bersama Baba di depan, sekarang Hafiz bersama Mama pula di belakang. Sambil menunggu selesai solat, Hafiz dan kakak Nadilah seronok melipat dan mengemas sejadah di saf perempuan. Kadang-kadang mata Mama tercari-cari wajah Hafiz......rindu betul Mama pada Hafiz.
Yang sangat tidak dapat Mama lupakan ialah ketika Hafiz ikut Mama dan Baba solat subuh pada Ramadhan yang lalu. Setelah selesai solat dan ketika kuliah subuh, Mama lihat Hafiz leka mengutip manik2 yang Hafiz jumpa diatas carpet dan meletaknya di dalam kopiah Hafiz. Bila ditanya oleh kawan2 Mama, Hafiz kata nak bagi kat nenek, sebab nenek suka jahit manik.
Mama ingat bagaimana Hafiz tak suka ditinggal seorang di dalam bilik ketika bersahur. Hafiz pun nak bangun juga tapi bukan untuk makan, hanya sekadar nak duduk di riba Mama dan memeluk erat Mama, sambung tidur dalam pelukan Mama. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Mama ketika itu. Bahagia...tenang dan puas kerana dapat kenikmatan membelai anak yang sangat manja.
Now, all those are only memories that Mama will never ever forget, InsyaAllah. My love for you will never fade and you will awlays be my angel. I am not sure how to go thru Syawal without Hafiz. Going thru my daily chores is already a difficult task...
Ya Allah, ku pohon pertolonganMu, ku harap keredhaanMu. Teguhkan iman ku, tetapkan aku di jalan lurus Mu, titipkan keihklasan dalam hatiku. Kau Yang Maha Mengetahui, Kau Yang Maha Memahami. Kumpulkan kami bersama-sama di JannahMu, Ya Robb. Amin. Muga Hafiz berbahagia di sana.
1 comment:
im sure dia miss you banyak jugak ibu, this is all ujian Allah untuk ibu jumpa hafiz di syurga :')
Post a Comment