Alhamdulilah, kita selamat tiba di KLIA, dalam train untuk ke terminal. Hafiz tak sabar sangat nak jumpa kakak-kakak dan bibik. Masa ini mama pulak yang sakit mata....dari dalam plane lagi, Hafiz dah pesan mama untuk pergi jumpa doktor. Hafiz kata mama macam pirate, sebab sebelah mata mama kena tutup dengan kapas.
Hafizuddin sedang tengok-tengok mainan yang hendak dibeli, ketika di Airport Dubai. Maafkan mama sayang, mama tidak dapat nak belikan apa2 untuk Hafiz masa itu.... Janji mama, nanti sampai di KL kita cari yang Hafiz suka.
Hafizuddin di Masjidil Haram, kalau tak silap mama, kita baru selesai solat Asar. Mama ingat lagi, masa Hafiz naik belakang mama, ketika mama tengah sujud. Panjanglah doa mama ketika sujud...bagi kesempatan untuk Hafiz turun dari belakang mama dulu. Selalunya Hafiz akan ikut mama masuk ke masjid, maklumlah baba kan baru sembuh dari sakit, bimbang dia tak dapat nak tengok Hafiz.
Terima kasih, Ustadz Badrulamin. Dialah yang menjunjung Hafiz naik dan turun semasa perjalanan kita ketika ke Gua Hira. Sebenarnya Ustadz bertindak sebagai mutawif rombongan kami. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kami sekeluarga kepada Ustadz yang telah mengimamkan solat jenazah dan menyempurnakan pengebumian anakanda kami. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Mama ingat sangat gambar ini. Kita sekeluarga baru selesai mengerjakan saie. Bila Hafiz nampak baba botakkan kepala, Hafiz pun nak juga, Tetapi Pak Arab ni tak berani nak cukur habis sebab Hafiz kecil lalgi...tapi Hafiz handsome juga kan sayang....
Ini pula kita dalam perjalanan pulang ke Mekah selepas kita keluar dari Tanah Haram untuk melawat tempat-tempat bersejarah dan berniat mengerjakan umrah. Hafiz pun nak juga pakai kain ihram, macam orang lain....
Syukur, Alhamdulilah. Kau kurniakan daku dengan seorang anak lelaki yang sangat comel dan baik budi pekertinya. Sepanjang menjaganya, tidak pernah sekalipun dia menyusahkan kami. Malah ketika mengerjakan umrah, Hafiz tidak meragam langsung. Kemana saja kami pergi dia ikut dengan riang. Hafiz juga murah rezekinya. Mama ingat setiap kali Hafiz tengok-tengok barang jualan di Mekah dan Madinah, insya Allah, apa yang Hafiz hendak akan diberikan secara percuma.
Inilah gambar yang paling mama sayang. Kita baru balik dari melawat Jabal Rahmah, dimana Hafiz dihadiahkan unta mainan tersebut oleh Ustadz Bardulamin. Seronok sangat Hafiz bersiap-siap untuk ikut mama dan baba mengerjakan ibadah umrah di Masjidil Haram.
Di Madinah kita melawat kebun dan pasar kurma. Hafiz sibuk ingatkan mama untuk belikan cokelat dan kurma untuk kakak2 dan kawan2 Hafiz.
Hafizuddin di dalam Masjid Nabawi. Syukur ke hadrat Illahi, Hafizuddin dapat masuk ke kawasan Makam Rasullulah, ketika mengikut baba. Kalau dengan mama, mungkin susah sikit, sebab waktu untuk wanita sangat terhad dan berpusu-pusu ramainya ....
Gambar dua lelaki penting dalam hidup mama. Hafiz dan baba di depan Masjid Nabawi.
Sayang mama pada Hafiz tak pernah hilang, biarpun Hafiz tidak lagi bersama mama dan family. Mama tahu Hafiz tentu bahagia di sana..Amin.
Sayang mama pada Hafiz tak pernah hilang, biarpun Hafiz tidak lagi bersama mama dan family. Mama tahu Hafiz tentu bahagia di sana..Amin.
Mama melayan Hafiz di dalam kapal terbang. Rindunya mama....tak dapat nak peluk Hafiz lagi. Mama sabar menanti sehingga kita dipertemukan lagi...di alam yang kekal abadi.....
Anak mama yang seorang ini makan memang boleh tahan. Berselera Hafiz makan.
Sebelum bertolak, di KLIA. Mama janji pada anak-anak mama yang lain, Ayesha Aqilah, Ayesha Syahira, Ayesha Hanis dan Ayesha Nadilah....mama akan bawa anak-anak semua menunaikan umrah, itu pesan Hafiz pada mama, supaya kakak-kakaknya dapat kesempatan melalui nikmat yang pernah dilaluinya...
Begitulah Hafizuddin, sentiasa ingat pada orang lain. Kalau berjalan atau makan, ada saja nama yang disebut2, beli ini untuk kakak ini, kakak tu, kawan yang ini, jiran yang itu, nenek, atuk, acik, arif, awin dan ramai lagi. Kalau boleh semua orang dia nak belikan sesuatu.
4 comments:
rindu sgt kat hafiz, take care, i miss everyone at home too :'(
Assalamualaikum Ummu Hafiz,
Saya sgt terharu dan insaf membaca kisah Hafiz,anak yg sgt istimewa itu. Juga takziah saya ucapkan kepada puan sekeluarga diatas pemergian anakanda Hafiz ke Rahmatullah.
Puan adalah seorang yg tabah dan sabar. Saya sendiri adalah seorang ibu yang mempunyai anak lelaki yg juga mempunyai masalah congenital heart defect dan telahpun menjalani pembedahan di Gleneagles di bawah pengawasan doktor yang sama, Dr Lim.
Saya sangat memahami perasaan puan kerana saya sendiri telah mengalami nasib yang sama. Alhamdulillah anak saya kini berusia 15 bulan dan semakin aktif dan sihat walaupun kerap terkena infection. Kisah Hafiz dan anak saya banyak persamaan. Saya selalu berdoa agar anak saya sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan semoga Allah Taala memberikan peluang untuk saya terus membesarkan dan mendidik satu satunya anak saya.
Takziah sekali lagi atas kehilangan anak puan.
Walaikumsalam. Terima kasih Puan Noor. Alhamdulilah saya semakin kuat, berkat doa ibu-bapa dan rakan2 yang sangat prihatin. Arwah pun dulu kerap keluar masuk hospital, kerana immune systemnya sangat lemah dan masalah jantung membuatkan lung infection selalu terjadi. Selama 4 tahun arwah was on antibiotics and steroid, until we found a supplement that help to boost his immune system.
Alhamdulilah sejak tu arwah lebih aktif dan dapat enjoy more outings. Try browse the following website, www.4life.com for more information. Sms me if you need clarification.
Thanks for sharing the info with me. Kalau puan tak keberatan, boleh bagitau kat mana nak dapatkan product ni di sekitar selangor/KL? Saya sangat berbesar hati jika puan dapat membalas ke email saya noor.ilyani@gmail.com. Terima kasih. Semoga Allah mencucuri rahmat yang tidak terhingga ke atas roh Hafiz.
Post a Comment