Friday, February 20, 2009

PERMATA -PERMATA HATI MAMA

Anak2 di Hari Raya 2008


Asalamuaikum Hafizuddin. Semuga Fifiz mama bahagia di sana. Hari ini mama bawa baba pergi check up kat IJN. Mama nampak ramai anak2 kecil yang sakit macam Hafiz. Teringat mama pada Hafiz dan hari-hari yang kita di Gleneagles untuk rawatan Fifiz. Alhamdulilah, mama bersyukur kepada Allah, kita diberikan rezeki dan kemudahan untuk mendapatkan rawatan dalam keadaan selesa, selama ini. Hafiz pun seronok kalau mama cakap kita akan berjumpa dengan Dr. Lim kan. Setiap kali ke sana, mama akan hadiahkan mainan untuk Hafiz kan sayang. Bahagia mama bila nampak Hafiz seronok dan ceria, lebih-lebih lagi kalau kita sempat makan di restoran, makan meehon goreng kesukaan Hafiz.

Hafiz memang anak yang baik, selama 6 tahun lebih, Hafiz tidak pernah menyusahkan mama. Suruh makan ubat sangat senang, walaupun terpaksa makan lebih dari 3 jenis ubat 3 kali sehari. Bila dan besar sikit, mama cuma perlu put the correct dosage into the syringe and you will take it yourself. I am so proud of you sayang.

Maaflah sayang, mama tak dapat nak tulis banyak hari ini...Tiba-tiba sebak sangat. MAMA SAYANG HAFIZ......DAN MUHAMAD. (Abg Hafiz yang mama tak dapat nak peluk pun, dia pergi meninggalkan mama, sebelum sempat mama lahirkan dia ke dunia ini.) Berbahagia lah kalain berdua di JANNAH.



1 comment:

Esha said...

everytime you update your blog, mesti sedih sgt, i miss everyone at home :'( tc