Tuesday, June 9, 2009

HAPPY 17TH BIRTHDAY - Anis

Asalamaulaikum and salam sejahtera to all my friends. Today is a very special day for our family. 9th June 2009, Ayesha Hanis bt. M. Hafifi turned 17. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah swt. ibu diberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk dapat bersama-sama menyaksikan anak ibu membesar dan mencapai usia 17 tahun.

Anis, ibu doakan agar anakanda anis sentiasa diberkati Allah swt, dan mendapat hidayah serta rahmatNya agar menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. Hari ini juga ibu, menghantar Anis untuk mengikuti ESQ Teens di Maju Junction. Ibu harap Anis dapat banyak pengajaran dan pengalaman yang manis dan bermakna di dalam hidup Anis. Selama 17 tahun Anis bersama dengan ibu dan insya Allah selepas peperiksaan SPM nanti, Anis akan memulakan hidup baru sebagai mahasiswa atau pelajar IPTS/IPTA. Ibu harap apa yang Anis pelajari selama dua hari ini akan dapat membentuk jati diri Anis yang berpegang teguh kepada prinsip 165, 1 Allah, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. Insya Allah, kalau kita dekat kepada Allah, Allah akan lebih dekat dengan kita dan tujuan hidup kita adalah untuk mendapat kasih sayang dan cinta Allah. Ibu berdoa agar kita akan dapat bersama-sama berjumpa di Jannah Allah. Insya Allah, Hafizuddin sudah menunggu kita sekeluarga di sana. Cukupkanlah amal ibadat untuk dapat mencapai Syurga Allah yang kekal abadi.

Untuk semua anak2 ibu, Aqilah, Syahira, Nadilah especially Anis. I love you all so much and will always love you. Take care and ingatlah kepada Allah swt, dan jadikan Rasullulah sebagai idola, Quran dan sunnah sebagai pedoman untuk hidup di dunia dan akhirat. Wasalam dan salam sayang dari ibu.

1 comment:

Ayesha H said...

Thanks ibu, i love you ;D