Asalamualaikum Hafiz. Malam tadi mama rasa sangat sunyi tanpa Hafiz di sisi mama. Sejak Hafiz lahir ke dunia pada 24 Jun 2002 yang lalu, kita jarang sekali berpisah. Hanya bila mama ada keperluan yang tersangat penting, baru mama tinggalkan Hafiz di rumah dengan kakak-kakak dan bibik. Paling lama mama tinggalkan Hafiz selama 51 hari ketika mama dan baba pergi menunaikan haji 2007 yang lalu.
Ketika Hafiz disahkan mengidap beberapa heart defects, mama sering berdoa agar Allah berikan yang terbaik buat Hafiz. Mama redha dengan ketentuan Illahi. Mama tahu, Hafiz sangatlah fragile dan mudah mendapat sakit, sebab itu lah anti-biotics dan steroid perlu Hafiz ambil setiap hari. Mama berdoa agar mama sentiasa sihat dan berkemampuan untuk menyusukan Hafiz. Alhamdulilah hampir 4 tahun mama mampu menyusukan Hafiz.
Bahagia mama dapat peluk Hafiz setiap hari. Mama belai rambut Hafiz, mama cium muka Hafiz. Bila Hafiz operate masa umur 2 hari, Allah sahaja yang tahu bimbangnya mama. Kemudian umur Hafiz 18 bulan lagi sekali mama di uji. Kali ini Hafiz kena buat open heart operation pulak. Subhanallah, bimbang sungguh mama. Tapi Hafiz sangat kuat, cekal dan berani. Kuat semangat Hafiz untuk terus bersama mama dan keluarga.
Hafiz ingat tak, bila Hafiz tak sihat, mama akan dukung dan dodoi kan Hafiz. Mama jalan-jalan dalam bilik sampai Hafiz tertidur atas dada mama. Sampai pagi mama akan peluk Hafiz. Ini yang mama sangat-sangat rindukan Hafiz. Mama betul-betul rindu Hafiz. Bye sayang, semuga Hafiz damai di Jannah Allah. Wasalam
4 comments:
we all miss you too hafiz~ ♥
:'(
Salam,
MokNem tak dpt bayangkan betapa sedihnya perasaan Alin masa menulis blog ni.
Semoga Allah beri kekuatan dan semangat kepada Alin dan keluarga.
You have been a wonderful mother to this beautiful boy.
Aunty Lin u have to be strong...And i know ure strong..Allah tahu yg Aunty Lin mampu mengatasi segala dugaan yg Dia berikan..Its a matter of time..Kalau teringatkan arwah aunty sedekahkan Yaasin..Makin lama perasaan yang teramat rindu tu kurang sikit..Take care Aunty..Salam to all of ur family...Assalamualaikum...
salam..
saya sungguh terharu membaca kisah arwah adik Hafiz....Takziah dari saya untuk puan sekeluarga. Saya juga pernah melalui pengalaman seperti ini. Anak saya Anis Sabrina telah meniggalkan saya untuk selamnya.....Anis seusia dgn hafiz..cuma dijemput Ilahi dalam usia 8 bulan...
Post a Comment